Tuesday, February 15, 2011

mod style

style mod sebenar adalah pemakaian slim-fitting suit berwarna gelap.
dikenakan dengan kemeja berwarna lebih terang, kasut kulit pula berwarna gelap.
mungkin kita dah selalu sangat nampak orang dress pergi kerja mcm ni.
tapi disebalik gaya mods ada butiran yang lain.
pemakaian suit bagi mods adalah suit yang lebih ringan dan berbutang tiga (dgn butang ketiga dibuka).
digabungkan dengan kemeja 'Ben Sherman' dan butang pada tangan ditonjolkan.
pengubahsuaian pemakaian seluar bagi mods pada 80's dengan seluar lebih sempit dan singkat.
dengan kasut kulit hitam dipakai dengan stokin putih (kira zaman tu style ni habis market la). haha



gaya mods pertengahan 60's dipengaruhi gaya pop art dan menjadikan 'muzik gaya mereka'.
macam cara pemakaian Pete (kot la, muka lebih kurang sama) The Who (gambar bawah).
union jack jacket dan lambang target RAF menjadi fesyen.
pengaruh pop art berlanjutan sepanjang mod-revival.
jaket dan parka dihiasi dengan badges dgn patches mod revivalis terdahulu.

The Who

dalam perubahan fesyen 80's (punk dan sebagainya), gaya mod tetap menjadi pilihan sehingga sekarang.
High Fashion Street (kat sana) sangat dipengaruhi fesyen mod.
fesyen mod telah menjadi mainstream.
pada dasarnya mod tetap underground,
diikuti berbeza umur dan negara, masing masing ada idea dan tafsiran gaya mod tersendiri.


 ada banyak lagi ciri ciri dari jenama pemakaian dan macam macam lagi.
tapi banyak kawan kawan dgn kenalan aku mesti dah tau. 
dulu dah layan skinhead mesti tau punya. kan kan? haha
tu je nak cerita pun. nak tau lebih lagi, search le. hehe.
we are the mods !! :)





Saturday, February 5, 2011

modette

kebangkitan zaman mod (60's) menyebabkan ramai remaja perempuan terjebak sama join sekaki mod ni.
masa tu timbul lah perkataan MODETTE utk melabel gadis mod.
time tu, awek2 mod tak suka di panggil modette sebab dorang nak dipanggil MOD bukannya MODETTE.
kiranya time tu pantang la ada orang panggil modette.boleh buat bergaduh la mat !
bagi dorang, dorang pun sama macam budak mod laki yang lain.

 jangan tgk lelame. hihihi

gadis modernists awal 60's pada mulanya memakai knee-length skirts dan male-style shirts, yang akan dikenakan dengan jaket berbentuk kotak.
kasut patent-leather dgn three quarter length suede coat.
pemakaian make up yang berlainan.(nampak menonjol dibahagian mata)
menggunakan eyeliner tebal, plucked eyebrows, dan sedikit atau tiada langsung lipstik
cara pemakaian yang kontra bagi gadis mod pada akhir 50's dan awal 60's.

orang melayu tetap cantik

sebagai fashion gadis mod dari underground ke lebih komersial (time fashion mod berkembang)
kebanyakan fashion designer menjadi kan fashion gadis mod lebih modern.
high fashion mod-look, dengan memakai skirt yang lebih pendek, dengan kaler yang cerah/terang je dan memakai kasut boot tinggi. seperti yang ada zaman sekarang ni.

tak cukup cun. haha

dari bawah sampai ke atas ada fashion dia.
so sampai tang rambut pun ada gak fashion nyee.
antaranya the pixie cut, the flip, the bob/vidal sassoon cut dan the beehive.
aku malas letak gambar banyak banyak.nak tau cari la sendiri.hehe

awek tu bapok sebenarnya. hehe

alah.style style ni semua pernah korang nampak kan?dah biasa dah.
ilmu lagi power dari kau epul.tapi...
jangan tak tau asal usul fashion nye dari mana. aku just cerita pasal mod revival je.
banyak gak awek awek kl dress cmni. eh yeke? haha.
dari mana budaya kita ikut kita kena amek tau.
katanya trendy.padahal dah berzaman dah macik oi !

lagi sebagai penutup. 
ada majalah fashion kat uk sekarang ni pun guna nama modette.
nak tau lebih lanjut dan tgk gambar bebanyak taip google imej modette. :)

habiss dahhhhhh.....

mod culture

subculture yang berasal dari london. bermula pada akhir50's.
jangan tak tau. fesyen fesyen elok laki ke perempuan ke mula time ni lah.
mod ada cara hidup mereka sendiri.
cara hidup berteraskan music pop seperti African American soul, Jamaican ska, and British beat music and R&B. berfesyen dan berscooter itali(vespa ke lambretta ke). :)
adunan fesyen yang diambil dari perancis dan itali dijadikan fesyen dan ikutan budak budak mods.
  cite dia time tu, remaja kat sana habis hulu. (dull, timid, old-fashioned, and uninspired senang cite).
dan dorang tentang habisan habisan pemikiran kolot time tu.
senang cite lagi dorang nak kan pembangunan.modernists.
dorang nak kan suatu perubahan sampai jadi salah satu cara hidup dorg.
dan sub-budaya ni jadi ikutan bukan kat uk je tapi negara lain. perasan lambang ni?.

MODS TARGET macam penah nampak tak dalam cite perang lelame.ada menatang ni kat ekor kapalterbang perang british.
RAF. royal air force.sempena apa dia guna balik lambang ni pun aku tak tau.tu nak kena tanya otai2.hehe

 
nottingham mods

modernist

budak budak mod kat uk tiap tiap minggu ada party.(bukan sasau haaa)haha. 
kat malaysia ni ada tapi jarang event utk budak budak mod ni. 
event untuk budak vespa berkumpul banyak la. asalkan ada. :)
dorg akan berkumpul ramai ramai sampai penuh jalan.
macam kat sini mat rempit lepak dataran la.haha

 brighton mods

sedikit pasal mods yang aku boleh kongsi. 
nak cite panjang lebar pun bukan aku dapat apa.hihi.
next aku akan cite pulak pasal fesyen2 mod laki or perempuan.
we are the mods!!haha